Beginilah reka bentuk Rumah Besar Kinarut sebelum dicerobohi. |
MUZIUM PANORAMA RUMAH BESAR KINARUT PAPAR.
PANORAMA Rumah Besar Kinarut yang terletak di kilometer 25 jalan baru Papar, adalah antara destinasi yang boleh dikunjungi orang ramai.
Tapak bersejarah ini, terletak di atas bukit rendah dengan dikelilingi hutan sekunder dan sebelah kiri ialah jalan menuju ke daerah Papar. Rumah Besar Kinarut ini merupakan salah sebuah rumah batu yang tidak banyak bilangannya di Sabah atau Borneo Utara pada ketika itu.
Rumah yang memperlihatkan bentuk seni bina ‘Greco Roman’ ini pernah di huni oleh Pengurus Ladang Kinarut, yang merupakan seorang rakyat Jerman bernama W.F.C Asimont. Puing rumah besar ini adalah tinggalan rumah yang ditemui oleh SAFODA pada bulan Ogos tahun 1990. Penemunan ini bukan sahaja mendedahkan kisah lama bangunan itu, tetapi juga tapak ladang secara keseluruhan.
Apa yang menarik apabila berkunjung ke Panorama Rumah Besar Kinarut ini, para pengunjung turut berpeluang mendengar kicuan burung buat seketika sebaik melawat di tapak ini, seolah-olah ia memberi salam kepada para pengunjung ke tapak ini.
STESEN KERETA API BORNEO
Pembinaan landasan kereta api bermula tahun 1896 di bawah perintah jurutera awam Arthur J. West. Asalnya ia dibina bagi mengangkut tembakau dari pedalaman ke kawasan pantai untuk dieksport. Landasan pertama yang dibina adalah sepanjang 32 km dari Sungai Bukau di utara Beaufort, ke selatan di pelabuhan Weston. Ia kemudian dipanjangkan sejauh 48 km lagi pada tahun 1903 ke Tenom, siap pada tahun 1905. Landasan dipanjangkan lagi pada tahun 1906 dari Tenom ke Melalap sejauh 16 km.
Pada masa yang sama, kerja-kerja pembinaan landasan dari Beaufort ke Jesselton (kini Kota Kinabalu) siap pada tahun 1903, dibina berhampiran kawasan pantai. Rangkaian yang sudah siap adalah sepanjang 193 km. Namun, hampir keseluruhan rangkaian dimusnahkan semasa Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1945, 24 Kumpulan Briged Infantri Australia mengendalikan rangkaian kereta api. Tenaga lokomotif yang digunakan terdiri daripada Jeep yang diubah suai.
MENYUSURI SUNGAI PAPAR
Sungai Papar mendapat nama dari kedudukannya yang terletak di daerah Papar yang bermaksud tanah yang rata dan landai, dimana dalam bahasa Brunei keadaan rata itu disebut sebagai "Papar". Manakala terdapat satu lagi cerita iaitu dari batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. Kayu-kayu yang hanyut itu juga di sebut Papar. Sungai inilah merupakan punca utama kehidupan bagi penduduk yang menetap sekitarnya suatu ketika dahulu. Kini, dengan populasi penduduk yang kebanyakannya masih lagi memilih kehidupan nelayan sebagai cara menyara hidup membuatkan sungai ini masih lagi memberi faedah yang besar kepada penduduk kampung sekitar. Selain itu, para kaki pancing juga turut tidak melepaskan peluang untuk memancing ikan di sini. Keunikan Sg Papar yang belum tercemar lagi membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk menyusurinya terutama sekali apabila menaiki bot nelayan yang bukan semua orang pernah merasainya.
LOK KAWI WILDLIFE PARK
Taman Liar Lok Kawi ini dikendalikan oleh Sabah Wildlife Department. Dengan kawasan seluas 280 hektar melayakkan ia menjadi salah satu taman kehidupan liar terbesar di Malaysia. Ini adalah rumah bagi koleksi menarik pelbagai haiwan tropika yang terdiri daripada mamalia, reptilia dan burung. Haiwan ini tinggal di kandang besar yang dibina persis dengan tempat asal habitat mereka. Selain itu, terdapat taman botani yang menempatkan pelbagai spesies pokok dan tumbuh-tumbuhan. Disamping itu , Pengunjung berpeluang untuk mengikuti semua aktiviti-aktiviti yang ditawarkan sepanjang masa berada di taman liar Lok Kawi.
No comments:
Post a Comment