Saturday, 9 April 2011

Pengenalan PKS

Program pelancongan koperasi sekolah berkonsepkan “Hos” dan “Tamu”. Program yang diilhamkan oleh YM Prof Diraja Ungku Aziz. Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar secara tidak langsung pengalaman merancang, mengurus dan melaksanakan projek ini dengan sokongan dan galakan pengetua, guru-guru koperasi dan ibubapa serta bimbingan dan latihan ANGKASA.


Bagi membangunkan koperasi sekolah, B4P telah memperkenalkan program Pelancongan Koperasi Sekolah yang berkonsepkan ‘Hos’ dan ‘Tamu’. Melalui konsep ini, program PKS menekankan tiga ciri pembelajaran iaitu :


  • Belajar sambil bekerja (learning by doing)


  • Melaksanakan sambil belajar (doing by learning)

  • Perlaksanaan menjadi satu dengan pembelajaran (doing and learning)
  • No comments:

    Post a Comment