Bagi membangunkan koperasi sekolah, B4P telah memperkenalkan program Pelancongan Koperasi Sekolah yang berkonsepkan ‘Hos’ dan ‘Tamu’. Melalui konsep ini, program PKS menekankan tiga ciri pembelajaran iaitu :
PKS SMK Takis
Saturday, 9 April 2011
Pengenalan PKS
Program pelancongan koperasi sekolah berkonsepkan “Hos” dan “Tamu”. Program yang diilhamkan oleh YM Prof Diraja Ungku Aziz. Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar secara tidak langsung pengalaman merancang, mengurus dan melaksanakan projek ini dengan sokongan dan galakan pengetua, guru-guru koperasi dan ibubapa serta bimbingan dan latihan ANGKASA.
Bagi membangunkan koperasi sekolah, B4P telah memperkenalkan program Pelancongan Koperasi Sekolah yang berkonsepkan ‘Hos’ dan ‘Tamu’. Melalui konsep ini, program PKS menekankan tiga ciri pembelajaran iaitu :
Belajar sambil bekerja (learning by doing)
Melaksanakan sambil belajar (doing by learning)
Perlaksanaan menjadi satu dengan pembelajaran (doing and learning)
Bagi membangunkan koperasi sekolah, B4P telah memperkenalkan program Pelancongan Koperasi Sekolah yang berkonsepkan ‘Hos’ dan ‘Tamu’. Melalui konsep ini, program PKS menekankan tiga ciri pembelajaran iaitu :
Monday, 4 April 2011
Pelancongan Koperasi Sekolah SMK Takis
SMK Takis memulakan program pelancongan koperasi sekolah pada tahun 2011, ketika itu seramai 30 orang pelajar telah menghadiri kursus “HOS” yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA pada 23 Mac dan 24 Mac 2011. Pelajar-pelajar yang telah dipilih adalah di kalangan pelajar yang masing-masing cemerlang dari pelbagai segi. SMK Takis telah menetapkan satu standard yang tinggi dalam pemilihan Hos generasi pertama sekolah agar dapat memperkenalkan SMK Takis Papar ke seluruh Malaysia.
Sunday, 3 April 2011
KEUNIKAN Pelancongan SMK Takis
Pakej pelancongan yang ditawarkan oleh SMK Takis Papar sangat unik jika dibandingkan dengan pakej pelancongan yang lain kerana kami menggunakan sistem anak angkat sebagai asas program kami. Kelebihan SMK Takis sebagai sekolah yang jauh dari bandar meletakkan Takis di tempat yang strategik dan sekaligus memudahkan pihak sekolah bekerjasama dengan kampung-kampung sekitarnya seperti Kg Takis Papar dan Kg Kuala Papar. Oleh itu, kami menamakan pakej pelancongan kami ini sebagai 'PAKEJ PELANCONGAN PROGRAM ANAK ANGKAT'
Saturday, 2 April 2011
Pakej PK SMK Takis Papar
Antara aktiviti / Tempat lawatan yang kami tawarkan ialah :
- Menaiki Kereta Api Borneo ke Tanjung Aru.
- Menyusuri Sg Papar.
- Menghirup udara segar di Muzium Panorama Rumah Besar Kinarut Papar.
- Bergembira sambil belajar di Lok Kawi Wildlife Park.
- Melawat 'Rumah' Sarang Burung.
Kelebihan dan keistimewaan pakej :
- Berpeluang merasai kehidupan di kampung melalui program anak angkat.
- Makan dan minum disediakan.
- Permainan dan sukan yang disediakan pasti menarik, mengimbau memori lalu dan mencabar.
- Malam Ria SMK Takis yang dijamin menghibur hati.
- Layanan profesional dan mesra daripada Hos.
- Menaiki Kereta Api Borneo ke Tanjung Aru.
- Menyusuri Sg Papar.
- Menghirup udara segar di Muzium Panorama Rumah Besar Kinarut Papar.
- Bergembira sambil belajar di Lok Kawi Wildlife Park.
- Melawat 'Rumah' Sarang Burung.
Kelebihan dan keistimewaan pakej :
- Berpeluang merasai kehidupan di kampung melalui program anak angkat.
- Makan dan minum disediakan.
- Permainan dan sukan yang disediakan pasti menarik, mengimbau memori lalu dan mencabar.
- Malam Ria SMK Takis yang dijamin menghibur hati.
- Layanan profesional dan mesra daripada Hos.
Friday, 1 April 2011
Uniknya !!
Beginilah reka bentuk Rumah Besar Kinarut sebelum dicerobohi. |
MUZIUM PANORAMA RUMAH BESAR KINARUT PAPAR.
PANORAMA Rumah Besar Kinarut yang terletak di kilometer 25 jalan baru Papar, adalah antara destinasi yang boleh dikunjungi orang ramai.
Tapak bersejarah ini, terletak di atas bukit rendah dengan dikelilingi hutan sekunder dan sebelah kiri ialah jalan menuju ke daerah Papar. Rumah Besar Kinarut ini merupakan salah sebuah rumah batu yang tidak banyak bilangannya di Sabah atau Borneo Utara pada ketika itu.
Rumah yang memperlihatkan bentuk seni bina ‘Greco Roman’ ini pernah di huni oleh Pengurus Ladang Kinarut, yang merupakan seorang rakyat Jerman bernama W.F.C Asimont. Puing rumah besar ini adalah tinggalan rumah yang ditemui oleh SAFODA pada bulan Ogos tahun 1990. Penemunan ini bukan sahaja mendedahkan kisah lama bangunan itu, tetapi juga tapak ladang secara keseluruhan.
Apa yang menarik apabila berkunjung ke Panorama Rumah Besar Kinarut ini, para pengunjung turut berpeluang mendengar kicuan burung buat seketika sebaik melawat di tapak ini, seolah-olah ia memberi salam kepada para pengunjung ke tapak ini.
STESEN KERETA API BORNEO
Pembinaan landasan kereta api bermula tahun 1896 di bawah perintah jurutera awam Arthur J. West. Asalnya ia dibina bagi mengangkut tembakau dari pedalaman ke kawasan pantai untuk dieksport. Landasan pertama yang dibina adalah sepanjang 32 km dari Sungai Bukau di utara Beaufort, ke selatan di pelabuhan Weston. Ia kemudian dipanjangkan sejauh 48 km lagi pada tahun 1903 ke Tenom, siap pada tahun 1905. Landasan dipanjangkan lagi pada tahun 1906 dari Tenom ke Melalap sejauh 16 km.
Pada masa yang sama, kerja-kerja pembinaan landasan dari Beaufort ke Jesselton (kini Kota Kinabalu) siap pada tahun 1903, dibina berhampiran kawasan pantai. Rangkaian yang sudah siap adalah sepanjang 193 km. Namun, hampir keseluruhan rangkaian dimusnahkan semasa Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1945, 24 Kumpulan Briged Infantri Australia mengendalikan rangkaian kereta api. Tenaga lokomotif yang digunakan terdiri daripada Jeep yang diubah suai.
MENYUSURI SUNGAI PAPAR
Sungai Papar mendapat nama dari kedudukannya yang terletak di daerah Papar yang bermaksud tanah yang rata dan landai, dimana dalam bahasa Brunei keadaan rata itu disebut sebagai "Papar". Manakala terdapat satu lagi cerita iaitu dari batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. Kayu-kayu yang hanyut itu juga di sebut Papar. Sungai inilah merupakan punca utama kehidupan bagi penduduk yang menetap sekitarnya suatu ketika dahulu. Kini, dengan populasi penduduk yang kebanyakannya masih lagi memilih kehidupan nelayan sebagai cara menyara hidup membuatkan sungai ini masih lagi memberi faedah yang besar kepada penduduk kampung sekitar. Selain itu, para kaki pancing juga turut tidak melepaskan peluang untuk memancing ikan di sini. Keunikan Sg Papar yang belum tercemar lagi membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk menyusurinya terutama sekali apabila menaiki bot nelayan yang bukan semua orang pernah merasainya.
LOK KAWI WILDLIFE PARK
Taman Liar Lok Kawi ini dikendalikan oleh Sabah Wildlife Department. Dengan kawasan seluas 280 hektar melayakkan ia menjadi salah satu taman kehidupan liar terbesar di Malaysia. Ini adalah rumah bagi koleksi menarik pelbagai haiwan tropika yang terdiri daripada mamalia, reptilia dan burung. Haiwan ini tinggal di kandang besar yang dibina persis dengan tempat asal habitat mereka. Selain itu, terdapat taman botani yang menempatkan pelbagai spesies pokok dan tumbuh-tumbuhan. Disamping itu , Pengunjung berpeluang untuk mengikuti semua aktiviti-aktiviti yang ditawarkan sepanjang masa berada di taman liar Lok Kawi.
Subscribe to:
Posts (Atom)